ATAM (Akademi Transformasi Asnaf) Sdn Bhd ialah anak syarikat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang ditubuhkan untuk memperkasa golongan asnaf agar mampu keluar daripada kepompong kemiskinan secara berkekalan.
Berbeza dengan bantuan kebajikan semata-mata, ATAM memberi fokus kepada transformasi โ membina keupayaan asnaf melalui perniagaan, kemahiran dan pembangunan diri, sehingga pendapatan mereka melepasi had kifayah dan mereka tidak lagi bergantung kepada bantuan zakat.
Melahirkan asnaf yang berdikari, bermaruah dan menyumbang kepada ekonomi ummah.
Peluang keusahawanan & tapak niaga di Dataran ABC MAIPs.
Latihan kemahiran & penempatan kerja bersama rakan industri.
Pembangunan pendidikan & sahsiah Transformasi Destini Asnaf.
Kejayaan ATAM tidak diukur dengan jumlah bantuan diberi, tetapi dengan bilangan asnaf yang berjaya keluar daripada status asnaf โ apabila pendapatan mereka mencapai atau melepasi had kifayah keluarga. Setiap peserta dipantau kemajuannya secara berterusan.