Permohonan tapak perniagaan asnaf di Dataran ABC MAIPs kini dibuka.
Permohonan untuk tapak perniagaan di Dataran ABC MAIPs (ATAM Business Corner) kini dibuka kepada semua asnaf yang berminat menceburi bidang keusahawanan.
Tapak yang ditawarkan termasuk khemah, food truck dan kiosk serbaguna, lengkap dengan sokongan modal permulaan dan bimbingan perniagaan. Setiap usahawan akan dibekalkan sistem POS untuk memantau jualan dan kemajuan pendapatan.
Asnaf yang berminat boleh memohon secara online melalui laman web ini atau memuat turun borang di bahagian Muat Turun.